Hye semua pengikut blog dan pelanggan-pelanggan setia produk edaran Beauty Maherah Marketing. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, tuhan yang maha memberi rezeki, kini saya telah bergelar isteri kepada Muhammad Firdhaus Bin Kamaruddin, seorang jejaka yang tidak terlalu kacak, tetapi manisnya ada =)
Majlis pernikahan saya telah berlangsung pada 3 November 2012 selepas solat zuhur di kampung halaman saya iaitu di Semerah, Batu Pahat, Johor. Majlis serba ringkas ini diraikan oleh saudara mara terdekat serta jiran terapat sahaja. Alhamdulillah, atas rezeki yang Allah S.W.T telah berikan, saya telah sah menjadi isteri kepada suami saya dengan sekali lafaz sahaja. Yang bagusnya, tok kadi xde tanya pape soalan yang biasanya org ramai cakap akan disoal sebelum majlis akad nikah.
Rancangannya majlis nikah ini sepatutnya berlangsung pada 24 November 2012 iaitu hari yang sama ketika majlis persandingan berlangsung. Tetapi atas nasihat ustaz dan org ramai, 24 November tidak sesuai dilangsungkan pernikahan kerana berada didalam bulan Muharam. Saya tak pasti sebabnya tapi bak kata tok imam kampung saya ni, pernikahan pada bulan muharam biasanya akan ditimpa masalah rumahtangga. Ada juga kata bulan muharam adalah bulan paling ramai orang berpuasa. Ada juga kata, orang jawa memang tidak berapa suka pernikahan dilangsungkan pada bulan muharam. Saya tak kisah la sebabnya, saya ikutkan sahaja. Bagus juga dapat nikah lebih awal..hehehe..
Menu serba ringkas sewaktu majlis pernikahan ini telah disediakan oleh saudara terapat saya juga iaitu seseorang yang sangat pakar dalam masakan Nasi Briyani Gam Batu Pahat, cuma kali ni beliau hanya buat nasi jagung berlauk daging beriyani, ayam masak merah, dalca, ikan keli masak lemak, nasi ambeng dan beberapa kek serta kuih muih. Beliau dikenali sebagai "Wakjani", orangnya masih bujang trang tang tang berumur 30 tahun. Selain mahir masak memasak, beliau juga mahir bertukang. Amboih, promote dia ckit sebab bujang lagi..hehe..
Sekarang, selesai majlis pernikahan, akan menyusul pula Majlis Persandingan Saya Pada 24 November 2012, Sabtu ini di kampung halaman saya, Semerah, Batu Pahat, Johor. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan walimatulurus ini. Saya mengharapkan doa dari anda semua untuk kebahagiaan rumah tangga kami serta diberi keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah. Jumpa anda pada hari sabtu ini ye...!!!
No comments:
Post a Comment