Tidak kurang juga jiran2 tetangga yang amat prihatin datang menziarah kerana semangat tetangga dikampung saya masih lagi utuh dan kuat. Adat gotong royong ataupun "Rewang" masih lagi kuat diamalkan. Amalan bertukar-tukar juadah raya dan berbuka puasa masih lagi dipraktikan bagi mengelakan kekaburan hidup bermasyarakat.
Kampung Semerah, Batu Pahat, rata-ratanya bertutur dalam dialek jawa melayu kerana kebanyakan dari kami berketurunan jawa. Nenek saya masih fasih berbahasa jawa sampaikan kami cucu cicit hanya tercengang tatkala mendengar nenek berborak bersama rakan seusianya.
Baiklah, dikesempatan ini, saya ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan jika sepanjang saya menjalankan perniagaan ini ada melakukan kesalahan dan kesilapan tutur bicara atau cara pengendalian produk. Saya tidak terlepas dari melakukan kesilapan atas kelemahan diri saya sendiri. Tetapi, saya amat bersyukur atas sokongan anda semua. Atas galakan dan sokongan anda semua, saya dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan akan terus memperbaiki kelemahan.
Teruskan sokongan dan minat anda pada produk2 edaran Beauty Maherah Marketing kerana kami hanya menjual serta mengedarkan produk yang diyakini serta dijamin kesannya. Kami tidak menjual produk tiruan semata-mata mendapatkan rezeki yang tidak diberkati. Teruskan sokongan anda.
Kampung Semerah Tengah, Batu Pahat, Johor |
No comments:
Post a Comment