Friday, July 13, 2012

Menghitung Ramadhan Al Mubarak

7 Hari lagi kita bakal menyambut bulan paling barakah iaitu Ramadhan Al Mubarak pada 21 July 2012 bersamaan 1433-1434 Hijrah..Menghitung saat2 tibanya Ramadhan Al Mubarak..Terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan..Tertutup rapat pintu neraka dan terbuka luas pintu syurga..Jin & Syaitan dibelenggu supaya kita dapat menilai, bagaimanakah diri kita sebenarnya tanpa godaan serta pengaruh dari mereka..Amal ibadat yang dihitung berkali ganda dari bulan yang lain.Bulan yang mengajar kita erti bersyukur serta bersabar. Imarah kan bulan Ramadhan dengan melakukan kebaikan serta meninggalkan larangan insyaallah..


Berpuasa bukan sahaja kita berlapar, tetapi dalam kelaparan dan kehausan, kita sedar terdapat insan di luar sana lebih daif dan kasihan berbanding nasib kita. Mereka kelaparan sepanjang tahun. Islam mengajar kita kesamarataan supaya tidak berlaku perasaan menindas atau menganaiya orang yang kurang bernasib baik. Kita semua sama disisi Allah s.w.t, apa yang membezakan kita adalah amal ibadah dan keimanan.Itulah yang akan dihitung kelak di Akhirat.


Berpuasa juga mampu melatih diri supaya menahan daripada melakukan dosa apabila kita diharamkan makan dan minum selepas terbit matahari sehingga terbenam diufuk fajar, menjaga percakapan, menjaga mata, menjaga hidung serta seluruh pancaindera kita. Puasa yang sah juga menuntu kita untuk memperbanyakkan ibadah, mengurangkan urusan dunia serta melakukan kebaikan dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Rukun islam yang ke-4 ini juga diwajibkan bagi tiap2 seseorang melaksanakan zakat. Ini adalah bagi melatih diri bersikap bertanggungjawab terhadap insan lain dan berkongsi rezeki yang Allah s.w.t berikan kepada kita bersama orang lain. Ini bertujuan bagi meringankan beban bagi sesebuah golongan yang kurang berkemampuan untuk menyambut hari perayaan Syawal Aidilfitri.

Bersyukur ke hadrat illahi kerana mengurniakan nyawa serta usia untuk kita bertemu di Ramadhan 2012 ini. Semoga kita mendapat keberkatan didalam setiap amal ibadah yang kita lakukan hanya kerana ALLAH S.W.T



No comments:

Post a Comment