Seperti yang semua maklum, produk akan dihantar menggunakan kaedah pos sama ada pos laju atau parcel (Udara / Darat). Saya biasa menggunakan perkhidmatan pos laju, selain ia lebih murah, prosedur lebih mudah (tanpa perlu isi no.tel dlam borang kadang2), penghantaran cekap dan barang sampai dalam keadaan baik.
Jika pelanggan mahukan caj yang lebih murah, kami memberi pilihan sama ada menggunakan kaedah Parcel darat atau udara. Kebiasaannya bagi semenanjung Malaysia, kami menggunakan Parcel darat manakala di sabah/sarawak atau international, kami menggunakan parcel udara yang mengambil masa 3-7 hari. kami jarang memilih kaedah penghantaran laut kerana ianya mengambil masa sehingga sebulan utk sampai kepada pelanggan
Kami tidak mengambil apa2 keuntungan daripada caj pos, apa yang kami caj adalah caj asal dari pihak Pos Malaysia. Kami akan memeriksa caj pos melalui Pos Malaysia Online dimana cajnya akan berbeza mengikut berat dan lokasi penghantaran.
Untuk pengetahuan anda, berat Cocoa Collagen kami adalah kira2 1KG apabila telah dibalut dan beratnya akan bertambah jika melebihi 1 set. Berikut adalah caj pos parcel mengikut berat:
Manakala bagi pos laju pula, cajnya akan diperiksa terlebih dahulu dan setiap caj tersebut akan ditambah dengan cukai GST (6%), Surcaj minyak (15%) dan Caj Pengendalian (10%)
Pengambilan Sendiri
Kami akan berusaha untuk memudahkan para pelanggan kami dengan mengambil caj paling minimum supaya anda dapat merasai harga yang lebih rendah berbanding beli di kedai. Tetapi, jika anda berada dikawasan Cheras, anda boleh berjimat dengan mengambil sendiri produk ini.
Beritahu saya dimana kawasan cheras yang mudah untuk saya dan anda untuk berjumpa dan masa untuk berjumpa, Tetapi, kami tidak akan menghantar produk ini terus kerumah anda..Secara adilnya saya akan berjumpa anda diantara tempat anda dan tempat saya..Anda mungkin dapat berjimat sedikit dengan cara ini.
Kedah Pembungkusan
Kami menitikberatkan kualiti produk yang akan sampai kepada para pelanggan kami. kami akan memastikan produk kami tidak akan melebihi tarikh luput, kotak, plastik pembungkus yang masih dalam keadaan baik seperti ketika diambil dari kilang.
Bagi pembelian 1 set, kami akan membungkus menggunakan "Bubble Wrapper" untuk memastikan bucu kotak tidak kemek atau rosak dan kami akan membalut pula dengan kertas minyak bagi memastikan ianya kalis air
Untuk pembelian 2 set dan keatas, bungkusan akan dibuat menggunakan "plastic wrapper" bagi melekatkan kedua2 set sekali dan akan dibungkus dengan kertas minyak